
PUTATAN: Sekolah Pendidikan Khas Tuaran di sini menganjurkan Aktiviti Tamu Sains Matematik, sebuah program inovatif dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent sempena pembukaan minggu pertama persekolahan.
Guru Besarnya, Bong Yien Chiew berkata program itu membantu murid berkeperluan khas yang mengalami masalah pembelajaran, ketidakupayaan penglihatan dan pendengaran serta lain-lain untuk aktif dan menyertai aktiviti berkonsepkan pendidikan sains dan matematik.
“Walaupun mereka adalah anak-anak istimewa, tetapi mereka turut tidak ketinggalan dalam meneroka aktiviti pendidikan sains dan matematik sejajar dengan murid-murid di sekolah perdana.
“Kehadiran guru pelatih dari IPG Kampus dalam pameran dan aktiviti yang dijalankan membawa kepakaran dan semangat yang menyumbang kepada kejayaan keseluruhan program,” katanya.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Dalam pada itu, pameran braille menjadi salah satu sorotan dalam tamu itu yang memberikan peluang kepada guru pelatih untuk merasai dan menimba pengalaman pembelajaran yang unik dan berdaya guna.
“Pameran itu turut menyuarakan kepentingan untuk memahami serta memupuk pemahaman dalam bidang braille bagi memudahkan akses ilmu pengetahuan bagi murid bekeperluan khas.
“Kami sangat bangga dengan kerjasama program ini dan harap ia dapat menjadi budaya untuk membina minat dan keyakinan murid-murid bekeperluan khas terhadap sains dan matematik.
“Kolaborasi dengan IPG Kampus Kent turut membuka peluang untuk lebih banyak inovasi dan pembangunan dalam pendidikan khas,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM), Haslan Manja gembira apabila Stem HUB, IPG Kampus Kent, berpeluang menyantuni murid pendidikan khas serta mencungkil minat mereka terhadap bidang STEM.
“Melalui pendekatan inklusif dan sokongan berterusan, murid pendidikan khas boleh merasai keseronokan serta membangun potensi diri dalam bidang STEM kerana pemikiran, usaha, pengetahuan dan semangat mereka yang sangat luar biasa berbanding murid di sekolah biasa.
“Aktiviti Tamu Sains Matematik yang dijalankan diharapkan dapat menjadi pengalaman yang bermakna bagi mereka, membantu meningkatkan kemahiran dan merangsang minat mereka dalam bidang STEM,” katanya.
Tambah beliau, program ini merupakan suatu kolaboratif yang sangat bermakna bukan hanya kepada murid malah merangkumi pelajar IPG yang hadir dalam program tersebut.
Hal ini kerana pameran bahan, peralatan teknologi Braille yang digunakan dalam pedagogi pengajaran disekolah ini mampu membuka minda guru pelatih untuk menerokai dunia pendidikan khas dengan lebih luas lagi.
“Program aktiviti Tamu Sains Matematik ini tidak hanya menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan murid bekeperluan khas, tetapi juga menjadi contoh kejayaan kerjasama di antara sekolah pendidikan khas dan institusi pendidikan tinggi,” ujarnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
