
SANDAKAN: Kerosakan 100 unit satu blok PPR Taman Harmoni, di sini masih dalam pembaikan ketika ini.
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah, Datuk Isnin Aliasnih berkata, kesemua unit itu juga masih belum boleh diduduki sehingga ia siap dibaiki sepenuhnya.
Jelasnya, peruntukan tambahan juga akan dimohon bagi kerja-kerja pembaikan itu, yang dijangka siap dalam tahun ini juga.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kita faham ramai pemohon masih dalam senarai menunggu untuk tinggal di PPR ini.
“Tetapi, dalam masa yang sama, kita tidak mahu mereka tinggal dalam keadaan tidak lengkap dan selesa,” jelasnya.
Justeru, pihaknya berharap kerja-kerja pembaikan 100 unit rumah itu akan siap mengikut jadual dan penduduk dapat tinggal di sini kelak.
Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan ke PPR Taman Harmoni di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan serius melihat isu sewa atas sewa bagi PPR di mana pemohon menyewakannya kepada orang lain.
Jelasnya, lebih ramai yang layak seharusnya menduduki rumah itu dan bukan sebaliknya.
Sementara itu, berkenaan permohonan PPR oleh penduduk dari kawasan setinggan yang terlibat dengan perobohan dan ada memohon PPR, beliau berkata ia akan dinilai oleh pihak majlis, di mana syarat utamanya ialah kedua-dua suami isteri mesti warganegara Malaysia.
Sandakan mempunyai 6,080 unit PPR yang telah diduduki dan ada dalam pembaikan.


