1000 pelajar sertai simposium pembangunan bakat belia dan ekosistem logisttik

LocalStartup
17 Aug 2026 • 6:28 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 1000 pelajar sertai simposium pembangunan bakat belia dan ekosistem logisttik

BATU KAWAN : Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus memperkukuh peranannya dalam pembangunan bakat dan ekosistem logistik negara menerusi penganjuran International Logistics Symposium (ILS) Logistics Industrial Forum (LIF).

Selepas empat tahun penganjuran, hampir 1,000 pelajar yang telah menyertai program tersebut diberi pendedahan berkaitan industri logistik serta sesi libatsama bersama pemimpin sektor logistik, akademia dan agensi kerajaan.

Usaha itu diperkukuh dengan penubuhan Malaysia Logistics Consortium (MLC) pada 2025 di bawah Program MOHE Research and Industry-Infused Incubator (MRI3), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), dengan UMT sebagai universiti peneraju.

Profesor Dr. Suriyani Muhamad, menjalankan fungsi Naib Canselor UMT berkata, pembangunan bakat menjadi fokus utama MLC dalam melahirkan tenaga kerja logistik yang kompeten dan bersedia menghadapi perubahan industri.

“Masa depan logistik bergantung kepada kualiti bakat hari ini. MLC akan membentuk kerjasama universiti–industri untuk membangunkan bakat masa hadapan.”katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian International Logistics Symposium (ILS) Logistics Industrial Forum (LIF) bertempat di The Ship Campus, di sini.

MLC menekankan kemahiran berasaskan industri, literasi digital serta kerjasama strategik
antara university dan industri bagi memperkukuh inovasi dan jaringan logistik negara.

Katanya, ILS & LIF pula menjadi platform utama yang menghubungkan pelajar dengan industri secara langsung selari dengan objektif MLC.

Penganjuran ILS & LIF 2026 bertemakan “Accelerating the Workforce for ASEAN Logistics Integration” berlangsung di The Ship Campus pada 15 hingga 17 Ogos 2026.

Kira-kira 258 pelajar dari 25 institusi termasuk empat institusi antarabangsa serta 100 wakil industri dan 12 rakan strategik menyertai symposium itu.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Governan dan Pembangunan), Dr. Noraisah Spahat berkata, program itu menunjukkan pelaksanaan MLC secara praktikal melalui kerjasama akademia–industri.

“ILS; LIF 2026 mencerminkan pelaksanaan MLC yang menyokong agenda pendidikan
tinggi negara secara bersepadu dan berorientasikan hasil.”

Evolusi ILS & LIF menunjukkan peranan UMT yang kini melangkaui pendedahan pelajar kepada pembangunan ekosistem logistik melibatkan universiti, industri, kerajaan dan masyarakat melalui pendekatan Quadruple Helix.

Tambah Dr. Suriyani, MLC menyasarkan pembangunan 237,000 tenaga profesional logistik menjelang 2030 dengan disokong oleh TVET, upskilling dan reskilling.

“Sebagai Universiti Peneraju MLC, UMT komited memperkukuh pembangunan bakat, penyelidikan industri dan kerjasama strategik bagi memastikan pendidikan tinggi kekal relevan. UMT percaya masa depan logistik bergantung kepada manusia yang berilmu, berkemahiran dan bersedia memimpin perubahan”

“UMT akan terus memperluas jaringan MLC untuk meningkatkan pengalaman industri, kemahiran dan inovasi pelajar serta tenaga kerja. Pendekatan ini meletakkan UMT sebagai pemangkin bakat dan inovasi bagi memperkukuh daya saing logistik Malaysia di ASEAN ”, katanya. – UTUSAN 

The post 1000 pelajar sertai simposium pembangunan bakat belia dan ekosistem logisttik appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved