104 pendatang tanpa izin Indonesia dihantar pulang

25 Jul 2024 • 9:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seramai 104 pendatang tanpa izin (PTI) warga Indonesia, termasuk lima kanak-kanak, dihantar pulang ke negara asal melalui Pelabuhan Tawau pada Selasa dalam siri ke-12 program pemindahan tahanan bagi kategori usir melalui jalan laut tahun ini.

Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, mereka terdiri daripada 78 lelaki dan 21 wanita serta lima kanak-kanak bersama ibu bapa atau waris masing-masing.

“Kesemua tahanan berkenaan berumur antara dua hingga 55 tahun dan dihantar pulang menggunakan perkhidmatan feri Francis Express secara terus ke Pelabuhan Nunukan, Terminal Tunon Taka, Indonesia,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Menurutnya, program pemindahan kali ini membabitkan tahanan warganegara Indonesia dari Depot Imigresen Tawau (DIT) sahaja, yang dilaksanakan dengan kerjasama Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Katanya, mereka sebelum ini ditahan di DIT dan selesai menjalani hukuman atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Hukuman yang dikenakan ini adalah berdasarkan proses perundangan negara sehingga kepada tindakan pemindahan keluar ke negara asal,” katanya.

Mengulas lanjut, SH Sitti Saleha berkata, kekerapan program pemindahan PTI warganegara Indonesia yang dilaksanakan JIM Sabah juga tertakluk kepada kerjasama strategik dengan pihak KRI Tawau dalam mempercepatkan proses dokumentasi bagi tahanan.

Katanya, pihak konsulat seterusnya mengeluarkan dokumen perjalanan Sijil Perjalanan Laksana Pasport (SPLP) untuk tahanan warga Indonesia bagi membolehkan mereka dipindahkan ke negara asal.

Tambahnya, program pemindahan tersebut merupakan sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh negeri ini.

Dalam pada itu, katanya, JIM Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PTI, setelah mereka melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara serta mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal masing-masing.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.