TAMPARULI: Seramai 11 orang dilaporkan cedera, termasuk salah seorangnya parah, dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tamparuli-Ranau berhampiran Kampung Minangkob di sini, Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 1.33 petang.
Katanya, 10 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian sejauh 35 kilometer dengan satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat seorang mangsa lelaki berusia 35 tahun cedera parah akibat tersepit dan dikeluarkan menggunakan peralatan khas penyelamatan jalan raya (RTA).
“10 lagi mangsa berusia enam sehingga 65 tahun turut cedera,” katanya.
Menurut Mohammad Nor, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan EMRS, ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kenderaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menerima rawatan lanjut.
“Pasukan bomba turut memeriksa keadaan kenderaan terlibat membabitkan tiga pacuan empat roda (4WD) dan sebuah Toyota Vios bagi memastikan tiada punca bahaya lain.
“Punca kejadian masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan pada jam 3.42 petang,” ujarnya.