11 kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
5 Oct 2026 • 5:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 11 kawasan catat IPU tidak sihat
Kuala Lumpur antara kawasan yang mencatat bacaan IPU tidak sihat setakat jam 4 petang pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 11 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 4 petang pada Isnin. 

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Batu Pahat dan Larkin, Johor mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu masing-masing 159, diikuti Pasir Gudang (157) dan Cheras, Kuala Lumpur (154).

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Nilai, Negeri Sembilan dan Kluang, Johor, masing-masing 152, IPD Serian, Sarawak (150), Putrajaya (147), Johan Setia, Selangor (144), Segamat, Johor (129) dan Bukit Rambai, Melaka (125).

Sementara itu, sebanyak 55 kawasan mencatatkan IPU pada tahap sederhana.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya). - Bernama 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved