
PETALING JAYA – Johan Setia di Selangor selain empat daerah di Johor antara lapan kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 8 pagi ini.
Berdasarkan data dikongsikan pada laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi pagi ini dengan 154.
Ia diikuti oleh Larkin di Johor (153), diikuti oleh Pasir Gudang (153), Cheras di Kuala Lumpur (152) dan Batu Pahat (152).
Seterusnya Putrajaya (151), Nilai di Negeri Sembilan (127), manakala Segamat (104).
Selain itu terdapat 59 tempat mencatatkan bacaan IPU sederhana dengan 10 daripada tempat itu ialah Batu Muda di Kuala Lumpur (98), IPD Serian (98), Bukit Rambai di Melaka (97), Shah Alam (94), Samarahan (94), Seremban (93), Kluang (93), Kuching (93), Bandaraya Melaka (91) dan Tasek Ipoh di Perak (90).
Terdapat satu kawasan mencatatkan IPU baik setakat pukul 8 pagi ini iaitu Langkawi di Kedah dengan bacaan 32. – KOSMO! ONLINE
The post Johan Setia, 4 kawasan di Johor berjerebu pagi ini appeared first on Kosmo Online.






