Jerebu: Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
5 Oct 2026 • 11:01 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat
Ruang udara Putrajaya kelihatan terjejas akibat diselubungi jerebu.

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 10 pagi Isnin.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Johor merekodkan bacaan tertinggi dengan Larkin dan Pasir Gudang masing-masing mencatatkan 154, manakala Batu Pahat (153).

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Johan Setia di Selangor (153), Cheras di Kuala Lumpur (152), Putrajaya (152) serta Nilai di Negeri Sembilan (124).

Sementara itu, sebanyak 60 kawasan berada pada kategori sederhana manakala hanya satu kawasan merekodkan kualiti udara yang baik iaitu Langkawi, Kedah.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved