11 maut rumah kedai terbakar di Thailand

16 Nov 2026 • 12:25 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 11 maut rumah kedai terbakar di Thailand

PHUKET: Seramai 11 orang maut manakala 16 lagi cedera selepas kebakaran memusnahkan sebuah bangunan rumah kedai komersial di pulau peranginan Phuket, selatan Thailand, awal pagi Isnin.

Polis memaklumkan kepada Reuters, kebakaran bermula di sebuah bangunan yang menempatkan perniagaan penyewaan kenderaan sebelum merebak ke beberapa bangunan berhampiran.

Kebakaran dilaporkan berlaku kira-kira pukul 3.17 pagi dan anggota bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengawal api, menurut pihak berkuasa Thailand.

Daripada jumlah mangsa yang cedera, 15 adalah warga Thailand manakala seorang lagi warga Myanmar.

Polis berkata, tiada pelancong terlibat dalam kejadian itu. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Bangunan berkenaan terletak di kawasan bandar berhampiran Pantai Patong, destinasi pelancongan popular di pesisir barat Phuket.

Kejadian itu berlaku empat bulan selepas kebakaran di sebuah bar di Bangkok yang mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.

The post 11 maut rumah kedai terbakar di Thailand appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved