11 pasukan bomba sukarela baharu di Terengganu menjelang 2030

2 Nov 2026 • 2:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 11 pasukan bomba sukarela baharu di Terengganu menjelang 2030

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu meningkatkan keanggotaan orang awam dalam pasukan bomba sukarela (PBS) di negeri ini kepada 23 pasukan menjelang tahun 2030.

Pengarah JBPM Terengganu, Nor Mahathir Muhamad berkata, tumpuan penubuhan PBS baharu akan diberikan di kawasan luar bandar dan pedalaman yang terletak agak jauh dari balai bomba dan penyelamat sedia ada.

Beliau berkata, pendekatan itu bagi memastikan setiap kes kecemasan biarpun berlaku di lokasi pedalaman mendapat maklum balas pantas dalam tempoh 10 minit ditetapkan.

“Buat masa ini, kita sudah mempunyai 12 PBS di seluruh Terengganu. Sehubungan itu perlukan lagi 11 pasukan.

“Kesemua PBS baharu tersebut akan ditubuhkan secara berperingkat menjelang tahun 2030,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Sukuan JBPM Terengganu di sini hari ini.

Dalam majlis sama, beliau turut melancarkan pasukan Rondaan Siap Siaga Monsun Timur Laut (MTL) yang turut dianggotai PBS.

Nor Mahathir berkata, sasaran 23 PBS di seluruh Terengganu tersebut sejajar Pelan Tindakan Strategik JBPM Terengganu 2026–2030 yang turut dilancarkan semalam.

Beliau berkata, penglibatan sukarelawan menerusi PBS amat penting bagi mempercepatkan masa tindak balas terutama di kawasan pedalaman,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post 11 pasukan bomba sukarela baharu di Terengganu menjelang 2030 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved