Wanita diselamatkan selepas Mini Cooper terkandas banjir kilat

LocalCars
2 Nov 2026 • 5:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita diselamatkan selepas Mini Cooper terkandas banjir kilat
Kenderaan yang terkandas akibat banjir kilat di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Jalan Pantai Baharu di sini pada Isnin.

KUALA LUMPUR – Anggota bomba menyelamatkan seorang wanita selepas kereta jenis Mini Cooper dipandunya terkandas akibat banjir kilat di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Jalan Pantai Baharu di sini pada Isnin.

Wanita berkenaan ditemukan terperangkap di dalam kenderaan tersebut ketika air banjir melanda kawasan berkenaan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Jumari Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.30 petang sebelum sepasukan enam anggota dari BBP Pantai dikerahkan ke lokasi.

"Aggota bomba mendapati dua kenderaan iaitu Mini Cooper dan BMW turut terkandas akibat banjir kilat.

"Seorang wanita yang berada di dalam Mini Cooper berjaya diselamatkan anggota bomba dan didapati berada dalam keadaan selamat.

"Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 4 petang selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved