Tiada kesan air dalam tangki RON95 – KPDN

LocalPolitics
4 Oct 2026 • 6:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiada kesan air dalam tangki RON95 – KPDN

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang tidak menemui sebarang tanda kehadiran air dalam tangki simpanan petrol RON95, yang didakwa menyebabkan sejumlah kenderaan gagal dihidupkan selepas mengisi minyak.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, pemeriksaan dijalankan susulan hantaran yang tular di media sosial berhubung dakwaan berkenaan.

“Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan, semakan rekod Automatic Tank Gauge (ATG) bagi tangki RON95 tidak menunjukkan sebarang bacaan kehadiran air sepanjang tempoh tiga hari terdahulu sehingga pemeriksaan dibuat.

“Pemeriksaan fizikal di kawasan pam dan bahagian ‘tank sump’ juga tidak menemukan pengumpulan air selain pemeluwapan biasa,” katanya di sini, tadi.

Jegan berkata, pemeriksaan secara manual turut dilakukan terhadap kedua-dua tangki RON95 menggunakan Water Finding Paste (WFP) bagi mengesan kemungkinan terdapat air dalam tangki.

Katanya, sapuan WFP pada kayu pengukur tidak menunjukkan sebarang perubahan warna yang boleh menjadi petunjuk kehadiran air.

“Pemeriksaan visual terhadap bahan api yang dikeluarkan daripada semua muncung pam juga mendapati petrol kelihatan jernih dan tiada pencemaran dapat dikesan secara pemerhatian mata kasar,” katanya.

Beliau berkata, KPDN bersama pihak syarikat minyak dan pengusaha stesen akan meneruskan tindakan susulan yang bersesuaian bagi memastikan perkara itu ditangani secara menyeluruh. -KOSMO! ONLINE

The post Tiada kesan air dalam tangki RON95 – KPDN appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved