12 ahli politik diberi pelepasan tanpa pembebasan

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 10:43 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 12 ahli politik diberi pelepasan tanpa pembebasan

PETALING JAYA: Sebanyak 19 kes membabitkan 12 ahli politik diberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah seluruh negara antara 2010 hingga Julai lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jumlah itu berdasarkan input daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) serta semakan rekod kes jenayah di mahkamah.

Bagaimanapun katanya, butiran lanjut mengenai kes tertentu boleh dirujuk terus kepada Jabatan Peguam Negara yang mempunyai rekod dan maklumat berkaitan pendakwaan kes berkenaan.

“Bagi penjelasan, DNAA tidak terjumlah kepada suatu pembebasan daripada pertuduhan.

“Mengambil kira konteks kes jenayah tidak tertakluk kepada tempoh had masa seperti kes sivil, individu diberikan DNAA masih boleh didakwa semula atas pertuduhan sama.

“Prosedur berkenaan akan dilaksanakan jika pihak pendakwaan memutuskan untuk berbuat demikian berdasarkan fakta, keterangan dan perkembangan kes,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman rasmi Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) mengenai jumlah kes pertuduhan jenayah membabitkan ahli politik dan pemimpin berprofil tinggi yang diberikan DNAA. –UTUSAN

 

The post 12 ahli politik diberi pelepasan tanpa pembebasan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved