Kerajaan akan bentang RUU E-Dagang, lindungi pengusaha tempatan

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 5:43 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerajaan akan bentang RUU E-Dagang, lindungi pengusaha tempatan

PETALING JAYA: Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) E-Dagang pada Sidang Dewan Rakyat akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memandang serius keresahan peniaga kecil dengan kewujudan syarikat e-dagang asing yang menyusup ke pasaran negara tanpa pengawasan dan penguatkuasaan.

Katanya, oleh itu kerajaan akan segera meneliti langkah perundangan dan penguatkuasaan bagi melindungi kepentingan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan.

Katanya ia bertujuan untuk melindungi mereka daripada persaingan tidak adil selain turut memastikan barangan dibeli oleh rakyat adalah selamat.

“RUU E-Dagang akan dibentangkan pada mesyuarat akan datang sebagai usaha memperkukuh akauntabiliti platform dan penjual dalam talian,” katanya dalam membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. –UTUSAN

The post Kerajaan akan bentang RUU E-Dagang, lindungi pengusaha tempatan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved