19 kes membabitkan 12 ahli politik diklasifikasi DNAA sejak 2010 - Parlimen diberitahu

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 10:10 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

19 kes membabitkan 12 ahli politik diklasifikasi DNAA sejak 2010 - Parlimen diberitahu Image from: 19 kes membabitkan 12 ahli politik diklasifikasi DNAA sejak 2010 - Parlimen diberitahu sarah09/10/2026 - 10:10 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 Okt -- Sebanyak 19 kes membabitkan 12 ahli politik diklasifikasikan sebagai pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) di Mahkamah Tinggi dan mahkamah rendah di seluruh negara antara 2010 hingga Julai tahun ini.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, angka itu berdasarkan maklumat daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan serta semakan rekod kes jenayah.

 

Beliau berkata, berbeza dengan kes sivil, kes jenayah tidak tertakluk kepada tempoh had masa, yang bermaksud individu yang diberikan DNAA masih boleh didakwa semula atas kesalahan sama.

 

"Prosedur ini boleh dilaksanakan sekiranya pihak pendakwaan memutuskan untuk berbuat demikian berdasarkan fakta, bukti dan perkembangan kes berkenaan," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen yang disiarkan di laman web Parlimen.

 

Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang meminta jumlah kes jenayah membabitkan ahli politik dan pemimpin berprofil tinggi yang diberikan DNAA.

 

Azalina berkata, butiran kes tertentu boleh diperoleh secara langsung daripada Jabatan Peguam Negara (AGC), yang menyimpan rekod pendakwaan dan maklumat berkaitan.


Beliau menjelaskan bahawa DNAA tidak bermaksud seseorang itu dibebaskan daripada pertuduhan. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved