12 negeri berdepan amaran ribut petir hingga 6 petang

LocalEnvironment
29 Oct 2026 • 4:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 12 negeri berdepan amaran ribut petir hingga 6 petang

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan beberapa negeri hingga pukul 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook, bagi negeri Kedah, kawasan yang terlibat ialah Kulim, Bandar Baharu, Sik dan Baling.

“Di Perak, amaran itu melibatkan Larut Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim dan Perak Tengah.

“Turut terjejas ialah Kelantan melibatkan Gua Musang, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai, manakala di Terengganu membabitkan Dungun,” katanya.

Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Maran, Kuantan, Cameron Highlands, Temerloh, Pekan, Bera, Bentong, Raub, Jerantut dan Lipis.

Amaran sama turut melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor, Kuala Lumpur serta seluruh Negeri Sembilan dan Melaka.

Di Johor, kawasan yang terjejas ialah Muar, Batu Pahat, Pontian, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai, Kluang, Segamat dan Tangkak.

Sementara itu, di Sarawak, amaran melibatkan Tatau di Bintulu, Mukah, Dalat dan Matu di Mukah, Selangau dan Sibu di Sibu serta Limbang.

Di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Membakut dan Tambunan di Pedalaman, Sandakan dan Kinabatangan di Sandakan, Lahad Datu dan Kunak di Tawau serta Papar, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud di Pantai Barat.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

“Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post 12 negeri berdepan amaran ribut petir hingga 6 petang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved