12 pendaki Malaysia di Annapurna Base Camp selamat, teruskan perjalanan

27 Aug 2026 • 2:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 12 pendaki Malaysia di Annapurna Base Camp selamat, teruskan perjalanan
Muhammad Hafizal berkongsi keadaan terkini kumpulannya yang berada di ABC, Nepal. Foto: Media sosial

KUALA LUMPUR - Seramai 12 rakyat Malaysia yang kini berada di Annapurna Base Camp, Nepal, dilaporkan selamat dan meneruskan perjalanan seperti biasa susulan tragedi banjir besar yang melanda kawasan sempadan Nepal-China pada Rabu.

Salah seorang pendaki, Muhammad Hafizal Hamidon berkata, kumpulan berkenaan berada jauh dari kawasan yang terjejas akibat bencana berkenaan dan tidak berdepan sebarang masalah setakat ini.

Menurutnya, perkembangan tragedi itu bagaimanapun amat membimbangkan selepas mereka mengikuti laporan media tempatan mengenai kemusnahan yang berlaku di kawasan terjejas.

“Kami di trek Annapurna Base Camp masih teruskan perjalanan seperti biasa. Di sini jauh dari kawasan bencana banjir tersebut.

“Mengikut media tempatan, memang sangat menakutkan bencana tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

BERITA BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilang

Lebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal

11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma Putra

Muhammad Hafizal berkata, setakat ini dia tidak mempunyai maklumat kumpulan lain yang dipercayai terlibat dalam tragedi berkenaan.

"Kami di sini semua selamat. Doakan kami selamat pulang ke Malaysia pada 31 Ogos atau 1 September, ini” katanya.

Bencana banjir besar yang melanda kawasan Rasuwa berhampiran sempadan Nepal-China pada Rabu mengorbankan lebih 160 orang, selain ratusan lagi dilaporkan hilang.

Kejadian dipercayai berpunca daripada runtuhan glasier yang mencetuskan aliran deras ais, batu dan lumpur sebelum melanda kawasan di sepanjang sungai, termasuk laluan penting menuju sempadan Nepal-China.

Daerah Rasuwa antara yang paling teruk terjejas apabila beberapa penempatan, jalan raya dan jambatan musnah, manakala operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved