“Alhamdulillah”, Kakak Lega Rakyat Malaysia Kongsi Adiknya Di Nepal Selamat

27 Aug 2026 • 3:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Alhamdulillah”, Kakak Lega Rakyat Malaysia Kongsi Adiknya Di Nepal Selamat

Bencana banjir di Tibet-Nepal terus membawa berita sedih dengan setiap perkembangan yang dikongsikan menerusi media sosial.

Komunikasi antara individu yang berada di negara berkenaan dengan keluarga dan kenalan di luar negara juga masih terganggu, sekali gus menyukarkan mereka mendapatkan perkembangan terkini.

Terdahulu, seorang warga maya, @isfarrina tampil menerusi satu hantaran di Threads kira-kira 14 jam yang lepas, memohon orang ramai agar mendoakan keselamatan adiknya, Zahir, yang berada di Annapurna, Nepal dan tidak dapat dihubungi ketika itu.

Dalam keadaan yang mencemaskan ini, @isfarrina dan keluarganya boleh menarik nafas lega selepas beberapa pengguna Threads meninggalkan komen dan berkongsi status semasa tentang Zahir.

Menerusi beberapa komen di bawah hantaran asal @isfarrina, beberapa individu termasuk mereka yang bergerak dengan agensi lain berjaya bertemu dengan Zahir dan memaklumkan pemuda tersebut berada dalam keadaan baik.

Adik Disahkan Selamat di Annapurna, Nepal

Salah seorangnya adalah pengguna Threads bernama @zlmifjrl yang berkongsi foto Zahir yang berada dalam keadaan selamat dan tersenyum.

Susulan komen itu, @isfarrina meluahkan rasa syukur kerana adiknya selamat disamping turut mengucapkan terima kasih atas maklumat tersebut.

Dalam pada itu, beberapa individu lain yang turut berkampung di Annapurna turut memberi perkembangan sama menerusi ruangan komen hantaran @isfarrina.

Baca juga:

Salah seorang daripada kru agensi yang dipercayai disertai oleh Zahir, Gunung People, @_sheerara turut berkongsi foto adik @isfarrina sambil memaklumkan mereka dalam perjalanan turun dari Annapurna.

"Alhamdulillah, Zahir selamat dan berada dalam keadaan baik bersama kru kami di sana. Sekarang mereka semua sedang dalam perjalanan turun.

“Insya-Allah, semoga Allah permudahkan dan lancarkan perjalanan mereka sehingga selamat sampai. Aaminn," katanya.

Image from: “Alhamdulillah”, Kakak Lega Rakyat Malaysia Kongsi Adiknya Di Nepal Selamat

Malah, salah seorang lagi pendaki, @hafizal10, yang berada di lokasi memaklumkan dia telah bertemu dengan Zahir dan kelihatan mereka dalam perjalanan turun dari Annapurna.

Menerusi komen itu, Zahir kelihatan tersenyum dan tertawa sambil melambai ketika dirakam oleh @hafizal10.

"Haa kak, adik kamu selamat. Saya dah jumpa dia. Dia nak turun dah, dia selamat," katanya dalam video tersebut.

Sementara itu, @isfarrina dilihat tidak putus-putus mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang berada di Nepal kerana membantu dia mendapatkan kepastian mengenai keadaan adiknya.

“Terima kasih semua yang bantu repost dan sangat-sangat prihatin. Saya syukur sangat-sangat adik saya selamat. Doakan semua yang masih belum ditemui dan masih tak dapat dihubungi selamat dijumpai semuanya,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved