SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Nasib sembilan rakyat Malaysia yang dikenali sebagai 'Team Loe' masih menjadi tanda tanya selepas kumpulan itu gagal dihubungi susulan banjir yang melanda kawasan Rasuwa, Nepal.
Memetik laporan The Star, kumpulan terdiri daripada 10 individu termasuk seorang jurupandu Nepal dalam perjalanan dari Kathmandu menuju ke sempadan Nepal-Tibet dengan menaiki dua kenderaan pacuan empat roda.
ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilang
Banjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi
95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal
17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di Nepal
Lebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal
11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma Putra
Pengerusi Majlis Rekreasi Malaysia, Muhamad Nur Azrul Che Zabani berkata, berdasarkan maklumat diterima daripada operator yang mengendalikan kumpulan itu, laluan yang dilalui mereka berada di kawasan lembah dan berisiko terjejas akibat kenaikan paras air secara mendadak.
“Berdasarkan analisis saya, mereka mungkin berdepan paras air yang sangat tinggi kerana kawasan itu merupakan laluan lembah.
"Ketika banjir berlaku, kedua-dua kenderaan itu dipercayai masih berada kira-kira 81 kilometer dari sempadan Nepal-Tibet," katanya pada Khamis.
Muhamad Nur Azrul memaklumkan, buat masa ini, operator belum menerima sebarang berita daripada kumpulan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Nepal: 'Doakan 9 pendaki Malaysia, mereka gagal dihubungi'
Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed Khaled
Banjir Nepal: Angka rakyat Malaysia gagal dihubungi meningkat kepada 55 orang
Banjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia
Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat kemungkinan kumpulan berkenaan berada dalam keadaan selamat sekiranya mereka sempat melepasi kawasan sempadan sebelum kejadian limpahan air yang dilaporkan berlaku sekitar jam 9 atau 10 pagi.
Setakat ini, kerajaan Nepal bersama pasukan penyelamat dilaporkan sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan yang terjejas.
Bagaimanapun, usaha mengesan kumpulan berkenaan dikatakan berdepan cabaran berikutan keadaan muka bumi yang sukar serta berbahaya kepada anggota penyelamat.






