12 PTI dipenjara kerana memasuki negeri ini secara haram

LocalPolitics
15 Apr 2025 • 4:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Dua belas pendatang tanpa izin masing-masing dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Pendatang tanpa izin berusia antara 22 dan 36 tahun itu mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain terhadap pertuduhan yang dihadapi mereka pada Isnin.

PTI itu ditahan di kawasan bandar, masing-masing kerana memasuki negeri tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

Mereka ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri semasa operasi dijalankan polis.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.

Semasa mitigasi, mereka merayu hukuman ringan dan meminta dihantar pulang ke negara asal mereka secepat mungkin.

Mahkamah memerintahkan warga asing tanpa izin menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.

Selepas dibebaskan dari penjara mereka diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk diusir pulang.

Inspektor Deanivo Sittin tampil untuk pendakwaan.