’12 tahun Allah bagi pinjam dia’

10 Aug 2026 • 12:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ’12 tahun Allah bagi pinjam dia’

JOHOR BAHRU – ‘Saya reda, Allah bagi pinjam dan jaga dia selama 12 tahun, dia anak abah’.

Itu tangisan pilu seorang bapa, Mohamad Khairudi Setapa, 42, yang kehilangan anak kedua daripada tiga beradik, Mohamad Haikal Adam, 12, yang ditemui mati lemas bersama rakannya, Muhamad Faris Adam Arman, 11, di sebuah ampangan di Jalan Murai 2, Taman Scientex, Pasir Gudang, di sini semalam.

Mohamad Khairudi berkata, dia menyedari kehilangan anak lelakinya itu selepas mangsa tidak pulang ke rumah pada waktu maghrib selepas keluar bermain dengan rakannya sejak petang semalam.

“Anak saya ini seorang yang mudah berkawan dan dia selalu keluar bermain dengan kawan pada sebelah petang kalau hari cuti.

“Mohamad Haikal dan Adam baru kenal tiga hari, saya percaya mereka luangkan masa bersama dan saya tidak tahu pula mereka ke ampangan itu sebab itu bukan selalu tempat mereka bermain.

“Tiba waktu maghrib anak saya tak balik-balik lagi, saya mula risau dan cuba mencarinya di kawasan sekitar Taman Scientex sebelum kawan-kawan memberi tahu kedua-dua mereka (Mohamad Haikal dan Adam) bermain di kawasan ampangan tersebut,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pasir Gudang di sini hari ini.

Mohamad Khairudi berkata, dia dan keluarga Adam terus keluar mencari kedua-dua mangsa di kawasan ampangan tersebut sebelum menjumpai basikal, selipar dan pakaian anaknya sebagai petunjuk bahawa mereka berada di ampangan tersebut.

Jelasnya, susulan penemuan petunjuk terbabit, mereka sekeluarga membuat laporan polis berhubung berhubung kehilangan anaknya itu.

Katannya, pasukan polis dan anggota bomba serta penduduk taman melakukan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 10.36 malam sebelum kedua-dua mangsa ditemui kira-kira pukul 2 pagi semalam.

“Saya ralat sebab tak sempat nak menunaikan permintaannya supaya belikan permainan kotak misteri robotik beberapa hari sebelum kejadian.

“Dia kumpul duit sendiri nak beli permainan itu dan dia tahu saya gaji bila dia minta suruh belikan, tapi saya ralat tak sempat nak belikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post ’12 tahun Allah bagi pinjam dia’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved