Dua sahabat ditemukan lemas di ampangan

10 Aug 2026 • 11:29 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua sahabat ditemukan lemas di ampangan

JOHOR BAHRU – Keceriaan dua sahabat menghabiskan masa bersama bertukar tragedi apabila mereka ditemukan lemas di sebuah ampangan di Taman Scientex, Pasir Gudang di sini, awal pagi tadi.

Mohamad Haikal Ramzi Mohamad Khairudi, 12 dan Adam Sahari, 11, dilaporkan hilang sejak petang semalam selepas keluarga mendapati mangsa tidak pulang ke rumah dan mengesyaki mereka mandi di ampangan berkenaan.

Lebih memilukan, sebuah basikal, selipar dan pakaian mangsa ditemukan di kawasan ampangan itu sekali gus menimbulkan keresahan kemungkinan kedua-dua kanak-kanak tersebut terjatuh ke dalam air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I Haizrul Rahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.36 malam sebelum anggota BBP Pasir Gudang dan BBP Skudai melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Bapa mangsa memaklumkan dua kanak-kanak itu dikhuatiri lemas berikutan penemuan basikal dan selipar mangsa di lokasi berkenaan. Operasi SAR dilakukan dengan bantuan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selepas hampir empat jam operasi SAR dijalankan, mangsa pertama yang berusia berusia 12 tahun ditemukan pada pukul 2.12 pagi.

Mayat mangsa ditemukan pada kedalaman dua meter dan kira-kira tiga meter dari tebing.

“Pada pukul 2.33 pagi, mangsa kedua pula ditemukan pada kedalaman dua meter. Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Dua sahabat ditemukan lemas di ampangan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved