12 Tahun Menunggu, Misi Abdul Latif Romly Lengkapkan Semua Gelaran Emas Antarabangsa Tercapai

31 Jul 2026 • 12:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

12 Tahun Menunggu, Misi Abdul Latif Romly Lengkapkan Semua Gelaran Emas Antarabangsa Tercapai

12 Tahun Menunggu, Misi Abdul Latif Romly Lengkapkan Semua Gelaran Emas Antarabangsa Tercapai

Selepas 12 tahun menanti, jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly akhirnya berjaya melengkapkan misi yang diimpikannya apabila memiliki kesemua gelaran emas di pentas utama dunia.

Kejayaan meraih pingat emas acara lompat jauh T20 lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 bukan sahaja menghadiahkan emas kelima buat kontinjen negara, malah melengkapkan koleksi kejuaraan antarabangsa yang dibina Abdul Latif sepanjang karier cemerlangnya.

Menerusi satu hantaran di Facebook semalam, atlet kelahiran Perlis berusia 29 tahun itu meluahkan rasa syukur apabila penantian selama lebih sedekad akhirnya berakhir.

"Misi untuk melengkapkan title gold medal tercapai. 12 tahun menunggu untuk melengkapkan semua title," tulisnya.

Baca juga:

Dengan kejayaan itu, Abdul Latif kini melengkapkan koleksi pingat emas di semua kejohanan utama yang pernah disertainya, iaitu:

  • Sukan Paralimpik - 2 emas, 1 perak

  • Kejohanan Dunia – 5 emas, 1 perak

  • Sukan Para Asia – 3 emas

  • Sukan Komanwel – 1 emas

  • Sukan Para ASEAN – 4 emas

  • Pingat emas di Glasgow hadir selepas Abdul Latif melakukan lompatan sejauh 7.17 meter dalam acara lompat jauh T20 lelaki di Stadium Scotstoun, sekali gus membantu Malaysia mencapai sasaran lima pingat emas pada temasya tersebut.

    Lebih bermakna, kejayaan itu mengukuhkan lagi status Abdul Latif sebagai antara atlet para paling berjaya pernah dilahirkan negara.

    Sepanjang kariernya, beliau bukan sahaja muncul juara di pentas serantau, malah berjaya menakluk pentas dunia menerusi dua pingat emas Paralimpik, lima gelaran dunia, tiga emas Sukan Para Asia, empat emas Sukan Para ASEAN dan kini melengkapkan koleksi itu dengan emas Sukan Komanwel.

    Kejayaan tersebut sekali gus membuktikan dedikasi, konsistensi dan semangat juang Abdul Latif sepanjang 12 tahun dalam memburu impian untuk bergelar juara di setiap pentas utama sukan para dunia.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved