12 termasuk pegawai imigresen, polis ditahan godam MyIMMs

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 9:32 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 12 termasuk pegawai imigresen, polis ditahan godam MyIMMs

PETALING JAYA – Seramai 12 individu termasuk enam pegawai Jabatan Imigresen (JIM) dan seorang pegawai polis ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) bagi meluluskan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 30 hingga 40-an ditahan menerusi operasi bersepadu Op Crack yang dijalankan bersama JIM petang semalam.

Menurutnya, mereka terdiri daripada dua pengarah syarikat, tiga warga asing, empat pegawai JIM, dua pegawai Bahagian Teknologi Maklumat JIM serta seorang pegawai polis.

“Kesemua suspek ditahan antara pukul 2 hingga 5 petangdi Ibu Pejabat SPRM dan JIM Pulau Pinang.

“Hasil siasatan awal mendapati sindiket berkenaan menggunakan kuota PLKS bagi tahun 2011 tanpa membuat bayaran levi bagi pas yang dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Halim berkata, sebanyak 1,306 PLKS palsu dipercayai dikeluarkan sehingga menyebabkan kerajaan mengalami kerugian dianggarkan RM2.4 juta.

Katanya, operasi itu dilaksanakan hasil perkongsian maklumat risikan antara Bahagian Perisikan SPRM dan Bahagian Perisikan JIM sejak Mei lalu di sekitar Lembah Klang serta Pulau Pinang.

Operasi tersebut turut mendapat kerjasama CyberSecurity Malaysia, Telekom Malaysia dan Bahagian Forensik Teknologi SPRM.

“Penggeledahan turut dijalankan di premis syarikat serta pejabat JIM di Pulau Pinang dan Putrajaya,” katanya.

Beliau menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 dan kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi mendapatkan perintah reman. – KOSMO! ONLINE

The post 12 termasuk pegawai imigresen, polis ditahan godam MyIMMs appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved