13 kanak-kanak maut bot terbalik di India

14 Oct 2026 • 9:01 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 13 kanak-kanak maut bot terbalik di India

NEW DELHI: 13 kanak-kanak maut selepas bot yang dinaiki mereka terbalik di Sungai Ganges, India, ketika dalam perjalanan menghadiri satu pesta, menurut pihak berkuasa hari ini.

Kejadian berlaku lewat semalam di daerah Vaishali, negeri Bihar, ketika bot berkenaan membawa antara 15 hingga 20 penumpang, menurut Majistret Daerah, Varsha Singh, seperti dilaporkan agensi berita Press Trust of India.

Singh berkata, kesemua mangsa berusia 15 tahun ke bawah, manakala jumlah sebenar penumpang bot itu masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi, menyatakan rasa dukacita atas kejadian berkenaan dan mengumumkan pemberian pampasan kepada keluarga mangsa.

“Kehilangan nyawa dalam kejadian bot terbalik di Vaishali, Bihar, amat menyedihkan. Ingatan saya bersama keluarga yang kehilangan insan tersayang dalam saat sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.- AFP

The post 13 kanak-kanak maut bot terbalik di India appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved