Penuntut wanita ditemui maut, dipercayai dibunuh teman lelaki

6 Oct 2026 • 2:09 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Penuntut wanita ditemui maut, dipercayai dibunuh teman lelaki

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut sebuah institusi kemahiran ditemui maut dipercayai dibunuh teman lelakinya di sebuah rumah di Jalan Air Putih, Kuantan, pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Ashari Abu Samah, polis menerima panggilan MERS 999 mengenai kejadian itu daripada teman lelaki mangsa pada 4.32 pagi.

Mangsa, yang berusia 19 tahun, terbaring di atas katil dalam sebuah bilik sewa di tingkat bawah rumah itu.

“Pemeriksaan awal oleh pakar forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan mendapati terdapat kesan tekanan pada bahagian leher mangsa,” katanya, lapor Bernama.

Ashari berkata seorang lelaki berusia 19 tahun ditahan di lokasi kejadian dan siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa.

Polis memperoleh perintah tahanan reman terhadap suspek hingga 12 Okt daripada Mahkamah Majistret di sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ashari berkata bedah siasat dijadualkan hari ini di Jabatan Forensik HTAA dan polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh termasuk merakam percakapan saksi.

Menurut Ashari, menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat belum disahkan kerana dikhuatiri menjejaskan siasatan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar tampil menyalurkannya kepada polis bagi membantu siasatan. - 6 Oktober, 2026

The post Penuntut wanita ditemui maut, dipercayai dibunuh teman lelaki appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved