Hajat tunai umrah tak kesampaian, lelaki maut Houthi bedil Riyadh

12 Oct 2026 • 1:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hajat tunai umrah tak kesampaian, lelaki maut Houthi bedil Riyadh

RIYADH – Seorang lelaki berusia 46 tahun dari Hyderabad, Mohammad Yousuf Ali terbunuh dalam serangan misil Houthi di Lapangan Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh ketika dalam perjalanan untuk menunaikan umrah, demikian menurut pihak berkuasa tempatan dan laporan keluarga seperti dipetik laman berita The News Mill hari ini.

Beberapa ahli keluarganya  yang lain turut cedera apabila serangan dilaporkan menyebabkan bumbung terminal lapangan terbang runtuh.

Keluarga berkenaan sedang dalam perjalanan ke kota suci  Madinah dan menunggu di terminal lapangan terbang semasa kejadian. 

Yousuf Ali maut akibat kecederaan yang dialaminya. Isteri mangsa,  Sameera dan anak perempuan mereka, Maryam dilaporkan selamat.

Kedua-dua anak lelakinya juga cedera dengan seorang daripada mereka menerima rawatan di unit rawatan rapi hospital tempatan.

Ibu saudaranya, Atya Sultana  pula mengalami kecederaan di kepala tetapi dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ahli Parlimen Hyderabad,  Asaduddin Owaisi berkongsi butiran kejadian secara terbuka menerusi media sosial dan memaklumkan kepada agensi berita India, ANI.

Pegawai-pegawai  diplomatik India sedang menyelaraskan rawatan perubatan dan urusan lain yang diperlukan untuk mangsa yang terselamat. – AGENSI 

The post Hajat tunai umrah tak kesampaian, lelaki maut Houthi bedil Riyadh appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved