13 produksi muzik terima dana RM549,000, perkasa bakat tempatan ke persada dunia

20 Sep 2024 • 6:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PUTRAJAYA, 20 SEPT: Sebanyak 13 syarikat produksi muzik telah menerima Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik (Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa) berjumlah keseluruhan RM549,000.

Kumpulan MyCreative Ventures (MyCV) memaklumkan lima syarikat telah menerima dana tersebut yang disampaikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika majlis perhimpunan Kementerian Komunikasi pagi tadi.

“Kementerian Komunikasi melalui MyCV sentiasa menyokong kebolehan dan bakat tempatan dalam mengangkat muzik tempatan ke persada antarabangsa,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut MyCV, sejumlah 58 permohonan telah diterima untuk kategori dana tersebut berdasarkan kriteria jemputan persembahan, kolaborasi, jelajah persembahan, pertandingan, memenuhi jemputan sebagai juri ataupun jurucakap di luar negara.

Antara 13 syarikat itu termasuk Ramayan Musik dengan persembahan Ramayan: Asian Tour 2024 (Jepun dan Taiwan) dan Pusat Budaya Pusaka Sdn Bhd dengan persembahan Main Puteri di Festival De L’imaginaire, Paris.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved