13 stesen amaran Sg Padas percepat persiapan banjir

LocalEnvironment
2 Feb 2025 • 3:39 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

BEAUFORT: Sebanyak 13 Stesen Amaran Banjir (SAB) yang berfungsi memberi amaran awal bencana banjir akan dipasang dalam masa terdekat tahun ini di beberapa lokasi hotspot di sepanjang Sungai Padas, di sini.

Adun Lumadan, Datuk Ruslan Muharam berkata, SAB merupakan inisiatif di bawah Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) yang dilaksanakan di seluruh negara.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, sistem SAB berupaya meramal banjir tujuh hari lebih awal dan mengeluarkan hebahan amaran banjir dua hari lebih awal, sekali gus membantu persiapan cepat pengurusan bencana banjir.

“Sudah tentu sistem ini dapat membantu kita membuat persediaan awal pengurusan bencana banjir, khususnya Pewartaan Bencana Alam, memandangkan Beaufort adalah jajaran banjir sejak sekian lama.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “SAB di bawah kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Beaufort ini turut dilengkapi sensor paras air, kamera litar tertutup (CCTV) dan siren,” katanya semasa Program Tinjauan Banjir Bersama Agensi Berkaitan di Dun Lumadan, di sini, pada Jumaat.

Sebanyak tujuh agensi terlibat dalam tinjauan banjir di tujuh kampung terjejas dan turut disertai Pegawai Daerah Beaufort, Nazri Ajun serta Jurutera JPS Daerah Beaufort, Jackson Malindai.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam pada itu, Ruslan yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata, bagi pengurusan bencana banjir yang lebih komprehensif, pihaknya akan membangunkan aplikasi Aduan Rakyat (AR).

Katanya, AR yang akan turut dihubungkan terus dengan SAB itu, direka bagi memudahkan masyarakat mendapat atau menyalurkan maklumat terperinci, khususnya berkaitan situasi banjir di kampung masing-masing.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Aplikasi AR ini dibangunkan untuk kegunaan semua pengguna telefon pintar mudah alih supaya maklumat dan notifikasi berkaitan situasi semasa hujan dan paras air sungai serta hebahan amaran banjir boleh diakses secara 'real-time'.

“Akses untuk agensi kerajaan berkaitan juga disediakan dalam aplikasi ini, yang sudah tentu mampu memastikan persiapan pengurusan bencana banjir yang lebih komprehensif di masa depan,” katanya.

“Saya serahkan kepada Pejabat Daerah Beaufort untuk bangunkan aplikasi ini supaya aspek dan perkara berkaitan dapat memenuhi keperluan bagi situasi banjir di kawasan ini,” katanya.