
BEAUFORT: Ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam mengulangi keyakinannya bahawa kerusi Lumadan kekal ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN17) akan datang.
Beliau, yang juga Adun Lumadan berkata, ia berdasarkan kesepakatan yang dicapai kepimpinan tertinggi PBS dengan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebelum ini.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“(Pemangku Presiden PBS) Datuk Seri Dr Joaquim Gunsalam dengan Ketua Menteri kita memang telah pun sepakat bahawa parti-parti komponen GRS itu akan kekal dengan kerusi sedia ada.
“Ini jelas menunjukkan kerusi Lumadan kekal milik PBS kerana kita telah memenanginya pilihan raya lalu dan saya akan pastikan kerusi ini dipertahankan pada PRN17.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Kita sudah siap sedia menghadapi PRN17 bila-bila masa,” katanya ketika ditemui di Program ‘Walkabout’ Pejabat Dun Lumadan dan Parlimen Sipitang sempena Tahun Baharu Cina, di sini, Jumaat lepas.
Program itu turut disertai Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk menyantuni peniaga kaum Cina di sekitar Pekan Beaufort, di sini.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Hadir sama Ahli Parlimen Sipitang merangkap Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (Sabah), Datuk Matbali Musah dan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Lumadan, Mazlan Joehari Manan.
Dalam perkembangan sama, Ruslan yang juga Naib Presiden PBS yakin kerusi Lumadan akan kekal milik PBS dan GRS malah turut percaya mampu meraih lebih banyak undi pada PRN17 kelak.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, ia berdasarkan gerak kerja strategik yang dilaksanakan khususnya dalam menangani masalah besar yang telah “menghantui” rakyat di kawasan itu sejak sekian lama.
“Ditambah lagi dengan kerjasama mantap PGRS Lumadan sebagai rakan komponen dalam GRS, kita yakin kerusi Lumadan kekal milik PBS/GRS dengan kelebihan undi yang lebih besar.
“Keyakinan ini pada masa sama ekoran kepercayaan rakyat terhadap kerajaan GRS di bawah Ketua Menteri yang telah bawa pembaharuan kepada Sabah menerusi pelbagai inisiatif diperkenalkan,” katanya.



