130,790 pengguna air terjejas gara-gara gangguan bekalan elektrik

LocalEnvironment
9 Oct 2026 • 9:53 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 130,790 pengguna air terjejas gara-gara gangguan bekalan elektrik

GEORGE TOWN : Seramai 130,790 pengguna air Pulau Pinang dilaporkan terjejas selepas berlaku gangguan bekalan elektrik secara tiba-tiba malam tadi sehingga menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua di Seberang Perai Utara (SPU) turut terhenti.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K. Pathmanathan berkata, kejadian itu bukan sahaja menyebabkan operasi pengepaman terganggu, malah, proses rawatan air serta sistem penyaluran bahan kimia di loji berkenaan tidak dapat berfungsi.

“Pada masa yang sama, penjana kuasa elektrik sokongan di LRA Sungai Dua juga tidak dapat diaktifkan dalam tempoh yang mencukupi untuk mengelakkan operasi loji daripada terus terhenti.

“Justeru, PBAPP terpaksa mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) segera bagi memulihkan bekalan air kepada pengguna yang terjejas iaitu di Seberang Perai dan kawasan pulau,” katanya di sini, hari ini.

Jelas Pathmanathan, setakat pukul 4.30 petang tadi, kira-kira 96 peratus atau seramai 125,290 daripada keseluruhan pengguna yang terjejas telah menerima bekalan air seperti biasa manakala baki 5,500 pengguna lain dijangka memperoleh bekalan air bersih selewat-lewatnya tengah malam ini.

“Proses pemulihan bekalan air ini mengambil masa yang berbeza berbanding pemulihan bekalan elektrik kerana unit rawatan dan pam perlu dihidupkan semula mengikut urutan tertentu selain sistem dos bahan kimia diaktifkan semula serta udara dalam saluran paip dikeluarkan,” katanya.-UTUSAN

The post 130,790 pengguna air terjejas gara-gara gangguan bekalan elektrik appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved