Isu RON95: 33 aduan diterima KPDN P. Pinang

LocalCars
8 Oct 2026 • 1:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isu RON95: 33 aduan diterima KPDN P. Pinang

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 33 aduan berkaitan dakwaan masalah kualiti petrol RON95, meningkat daripada 21 aduan sebelum ini.

Susulan pertambahan aduan berkenaan, KPDN negeri kini memperluas siasatan dengan meneliti rantaian bekalan bahan api pada peringkat awal sebelum ia sampai ke stesen minyak dan pengguna.

Pengarah KPDN negeri, S. Jegan berkata, langkah itu termasuk pemeriksaan terhadap aspek penerimaan, penyimpanan, pengurusan, kawalan kualiti serta proses pengedaran bahan api, tertakluk kepada skop siasatan yang dijalankan.

“Semua aduan berkenaan telah diambil tindakan dan siasatan dijalankan oleh pegawai penyiasat KPDN negeri,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke depoh minyak di Perai, di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan diperluas bagi memastikan penelitian tidak hanya tertumpu kepada stesen minyak dan pengguna, sebaliknya meliputi keseluruhan rantaian bekalan bahan api.

Mengulas lanjut, Jegan berkata sampel bahan api yang diperoleh daripada pihak berkaitan telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis bagi menentukan kandungan serta kualitinya.

“Hasil analisis dijangka akan diperolehi dalam masa sebulan, tapi tak mustahil jika boleh diperolehi lebih awal, dalam dua tiga minggu lagi.

“Pengguna yang mempunyai bukti dan keterangan jelas berhubung kerosakan kenderaan yang didakwa berpunca daripada bahan api yang dibeli juga boleh mengemukakan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), tertakluk kepada bidang kuasa dan syarat tuntutan ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Isu RON95: 33 aduan diterima KPDN P. Pinang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved