RM3.3 bilion untuk prasarana asas desa

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 4:18 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: RM3.3 bilion untuk prasarana asas desa

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM3.3 bilion untuk projek prasarana asas desa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk memasang lampu jalan kampung, kemudahan komuniti serta bekalan air bersih dan elektrik.

“Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaksanakan pemasangan lampu jalan solar di kampung dan panel solar bumbung di rumah kebajikan serta rumah ibadat.

“Bekalan elektrik turut ditambah baik di sekolah tahfiz, pondok dan perkampungan Orang Asli,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, kerajaan berhasil mengemudi kesepakatan antara kerajaan Perak dan Pulau Pinang melalui Perjanjian Bekalan Air Pukal untuk tempoh 40 tahun.

“Capaian air bersih di seluruh negara terus ditingkatkan melalui Non Revenue Water Kebangsaan dengan kos RM2.5 bilion. Tumpuannya untuk menukar paip kritikal yang usang sepanjang 1,900 kilometer,” katanya. – UTUSAN 

 

The post RM3.3 bilion untuk prasarana asas desa appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved