133 pelajar terima sumbangan Yayasan Fawwaz

12 Sep 2026 • 7:56 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 133 pelajar terima sumbangan Yayasan Fawwaz

ARAU: Seramai 133 pelajar seluruh negeri ini menerima sumbangan daripada Yayasan Fawwaz bagi membantu dalam meringankan bebanan mereka untuk menyambung pengajian selepas ini.

Daripada jumlah itu, 39 pelajar adalah di peringkat ijazah, 86 peringkat diploma manakala selebihnya pula adalah dalam pengajian sijil.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah menerima sumbangan sebanyak RM300, diploma RM200 manakala sijil pula menerima sebanyak RM100.

“Selain pendidikan, kita juga ada bantu dalam kes-kes tertentu antaranya bagi mereka melanjutnya pengajian di peringkat ijazah sarjana atau ijazah doktor falsafah (PhD).

“Kes kemalangan, bencana pun kita tolong salur sumbangan tapi semua ini menjurus kepada pendidikan,” katanya selepas Majlis Sumbangan Dana Pendidikan Yayasan Fawwaz Tahun 2026 di Pusat Khidmat Kubang Gajah, di sini, hari ini.

Shahidan berkata, program tersebut juga kebiasaan dilaksanakan sebanyak dua kali setahun khusus bagi membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan.

Kata beliau, pelaksanaan inisiatif tersebut juga akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membolehkan lebih ramai pelajar cemerlang dapat dibantu selepas ini.

“Program ini, kita salurkan kepada semua pelajar layak,” katanya.-UTUSAN

The post 133 pelajar terima sumbangan Yayasan Fawwaz appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved