Suruhanjaya Persaingan Malaysia Mahu Menyaman Grab Sebanyak RM86 Juta Kerana Amalan Korporat Jahat

TechnologyDigital
3 Oct 2019 • 11:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada tahun lepas, Grab mengambil alih operasi Uber di rantau Asia Tenggara, dan ini menyebabkan ramai orang, khususnya mereka dari agensi-agensi kerajaan di sekitar rantau tersebut risau mengenai monopoli pasaran perkhidmatan swapandu dan penghantaran makanan yang kini sedang dikuasai oleh mereka.

Hari ini, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mencadangkan untuk menyaman Grab sebanyak RM86 juta kerana amalan korporat yang jahat.

Pihak MyCC tidak mengulas lanjut mengenai butiran tentang amalan-amalan korporat ini, tetapi mengatakan bahawa syarikat teknologi tersebut mempunyai masa 30 hari untuk membantah cadangan saman tersebut.

MyCC juga mengatakan bahawa mereka akan mula mengenakan penalti RM15000 terhadap Grab bermula hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved