14,000 anak ayam rentung, reban terbakar

31 Jul 2024 • 10:43 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran melibatkan reban ayam di sebuah pusat ternakan ayam Jalan Kelatuan Batu 1 Gadong, Papar.

image is not available
Sebuah blok yang terdapat kira-kira 14,000 anak ayam rentung dalam kebakaran di sebuah pusat ternakan ayam Jalan Kelatuan Batu 1 Gadong, Papar.

image is not available
Tiada mangsa dilaporkan dan jumlah kerugian masih belum dapat dianggarkan.

PAPAR - Kira-kira 14,000 anak ayam rentung dalam kebakaran melibatkan reban ayam di sebuah pusat ternakan ayam di Jalan Kelatuan Batu 1 Gadong, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 pagi itu, sebuah blok reban ayam jenis tidak kekal terbakar 100 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan berkata, seramai 16 anggota termasuk lapan dari BBP Papar dikejar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 1.56 pagi.

**media[2746944]**

"Kebakaran melibatkan satu blok reban ayam yang terdapat kira-kira 14,000 anak ayam di dalamnya.

"Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan sembilan lagi blok reban ayam di pusat tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Katanya lagi, tiada mangsa dilaporkan dan jumlah kerugian masih belum dapat dianggarkan.

**media[2746943]**

Johainin berkata, api berjaya dikawal pada jam 2.19 pagi dan operasi hanya ditamatkan kira-kira dua jam kemudian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved