14 individu ditahan bantu siasatan kes pecah rumah di Cyberjaya

16 Oct 2026 • 12:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 14 individu ditahan bantu siasatan kes pecah rumah di Cyberjaya
Seramai 14 individu ditahan bagi membantu siasatan kes pecah rumah di Taman Sejati di sini baru-baru ini.

CYBERJAYA – Seramai 14 individu ditahan bagi membantu siasatan kes pecah rumah di Taman Sejati di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh, suspek dipercayai seorang lelaki yang identiti serta kewarganegaraannya masih belum dikenal pasti.

“Suspek dipercayai memakai pakaian yang menutupi sebahagian muka serta bertopi ketika kejadian berlaku,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Norhizam berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan 14 individu yang ditahan dalam kes berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Muhammad Fizal, menerusi talian 012-3456333 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved