
SANDAKAN: Lebih 15,000 pengunjung hadir pada Hari Terbuka Armada Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) sempena Sambutan Ulang Tahun ke-91 TLDM selama dua hari di Jeti Operasi Pangkalan TLDM Sandakan, di sini, baru-baru ini.
Program berkenaan dirasmikan Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris dan dihadiri Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Yusne Mokhtar.
Yusne berkata, hari terbuka armada itu antara lain memberi peluang kepada masyarakat untuk mengetahui lebih dekat mengenai peranan TLDM.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Jelasnya, TLDM bersama pihak Esscom dan pasukan keselamatan lain juga terus komited menjaga perairan negara sepanjang masa.


