Aaron-Wooi Yik kini ditangga ketiga dunia selepas juarai Terbuka Thailand

20 May 2025 • 4:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 20 MEI: Gandingan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik memperbaharui ranking apabila melonjak ke tangga ketiga dunia berbanding kedudukan kelima, berdasarkan kemas kini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Peningkatan itu susulan kejayaan Aaron-Wooi Yik muncul juara Terbuka Thailand 2025 pada Ahad lepas dengan mengumpul 83,170 mata untuk berada di belakang beregu profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dengan 91,090 mata.

Gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen kekal mengungguli ranking utama dunia.

Beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah pula kekal di kedudukan keempat dengan 82,466 mata di belakang pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee yang mengumpul 87,500 dan Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun kedua dengan 92,932 mata.

Pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning unggul di ranking utama setelah mengumpul 103, 734 mata.

Pada aksi final Terbuka Thailand 2025, Aaron-Wooi Yik muncul juara kejohanan Super 500 itu selepas mengalahkan Wiiliam Kryger Boe-Christian Faust Kjaer dari Denmark 20-22, 21-17, 21-12 manakala Pearly-Thinaah merangkul gelaran pertama mereka musim ini selepas menewaskan wakil Korea Selatan Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo 21-16, 21-17.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved