15,000ha tanah dikeluarkan daripada Hutan Simpan susulan kelulusan pindaan Enakmen: Yusof

LocalPolitics
16 Jul 2025 • 9:53 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

SIPITANG: Sebanyak 15,000 hektar (ha) tanah yang merangkumi 10 kampung telah dikeluarkan daripada Hutan Simpan, susulan kelulusan Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) (Pindaan) 2025 semasa persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob (gambar) berkata langkah ini selaras dengan permintaan penduduk tempatan kepada Kerajaan Negeri untuk mengecualikan kawasan yang telah dibangunkan bagi penempatan dan pertanian daripada Hutan Simpan.

“Tanah yang dikeluarkan daripada Hutan Simpan ini termasuk kawasan yang dahulunya di bawah Sabah Forest Industries (SFI), yang meliputi Kemabong, Tenom membabitkan 15,000 hektar atau kira-kira 40,000 ekar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Masih ada beberapa kampung lagi yang sedang menunggu kelulusan dan saya akan terus memperjuangkannya dengan Kerajaan Negeri,” katanya semasa Program Bantuan Tunai Rahmah di Kg Long Pasia, pada Selasa.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Sekretariat Sabah Maju Jaya Datuk Ramlee Kariah.

Dr Yusof, yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, menyenaraikan kampung-kampung terjejas iaitu Pakiak, Sungai Kanggalan, Motokop, Ulu Babatan Pangi, Basio Anampul Nanahas, Simbuan, Sungai Lukutan, Lamparion, Batu Nundok, dan Komadang.

Beliau berharap kawasan sepanjang laluan itu akan dibuka terutamanya kepada golongan belia yang masih belum memiliki tanah, untuk menceburi aktiviti pertanian.

Menurut beliau, keputusan Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah-Pakatan Harapan Plus ini menunjukkan suara dan keperluan rakyat terus diutamakan demi kesejahteraan mereka.

Dr Yusof turut mengumumkan kelulusan tiga projek untuk manfaat penduduk Kg Long Pasia iaitu pembinaan sistem saliran konkrit di sekitar dewan terbuka Long Pasia, menaik taraf dewan terbuka itu serta pembinaan jambatan baharu bagi Kg Long Pasia.