PBS Kiulu lapor polis hantaran media sosial berkaitan Joniston 

LocalPolitics
15 Nov 2026 • 9:57 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

PBS Kiulu lapor polis hantaran media sosial berkaitan Joniston 

TUARAN: Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Kiulu, Sithinlee Taipin membuat laporan polis di sini, pada Sabtu, berhubung beberapa hantaran media sosial yang didakwa mengaitkan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu, dengan dakwaan rasuah.

Sithinlee berkata, hantaran berkenaan disebarkan menerusi TikTok dan Facebook, selain sebuah laman web.

Menurutnya, beliau menemui hantaran itu pada Jumaat (13 Nov) ketika melayari platform media sosial berkenaan sebelum mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran pada petang Sabtu.

“Saya memandang serius perkara ini kerana dakwaan rasuah merupakan tuduhan berat yang boleh menjejaskan reputasi, maruah dan nama baik individu yang terlibat,” katanya.

Sithinlee berkata, laporan itu dibuat atas inisiatif sendiri dan atas kapasiti beliau sebagai Ketua Pemuda bahagian bagi membawa penyebaran kandungan berkenaan kepada perhatian pihak polis.

Beliau menggesa polis menyiasat identiti pemilik akaun yang terlibat, mengesahkan dakwaan yang disebarkan serta menentukan sama ada sebarang kesalahan dilakukan mengikut undang-undang berkaitan.

“Saya telah menyerahkan semua bukti kepada pihak polis untuk siasatan secara profesional, adil dan bebas,” katanya.

Beliau turut berharap polis menjalankan siasatan sewajarnya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan yang bersesuaian.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved