
PETALING JAYA – “15 jam lagi!” Itu perkongsian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi Facebook menjelang hari bahagianya bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.
Menerusi hantaran tersebut, Syed Saddiq memaklumkan bahawa sebaik sahaja selesai pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen, beliau terus menuju ke Menara Merdeka 118 bagi membuat persiapan menjelang majlis pernikahan mereka esok.
“Setelah segala yang dilalui, esok kami melangkah ke sebuah permulaan yang baharu. Doakan,” katanya di ruangan kapsyen.
Terdahulu, kelibat Syed Saddiq yang dilihat bergegas meninggalkan Dewan Rakyat sebaik sahaja pembentangan Belanjawan selesai turut mencuri perhatian.
Malah, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sempat berseloroh Ahli Parlimen Muar itu dengan ucapan ‘selamat pengantin baharu Muar’.
Orang ramai kini menantikan detik bersejarah buat Syed Saddiq dan Bella Astillah yang dijadualkan melangsungkan pernikahan esok. – KOSMO! ONLINE
The post 15 jam lagi! Syed Saddiq terus ke Menara Merdeka selepas belanjawan appeared first on Kosmo Online.






![[VIDEO] Syed Saddiq ‘rushing’, Speaker ucap selamat pengantin baharu Muar](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/syed-saddiq-parlimen-belanjawan-2027-1024x766.jpeg)