Muhyiddin doakan perkahwinan Syed Saddiq, Bella kekal hingga syurga

9 Oct 2026 • 7:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Muhyiddin doakan perkahwinan Syed Saddiq, Bella kekal hingga syurga

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menitipkan doa agar ikatan perkahwinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bakal bernikah esok pagi berkekalan hingga ke syurga.

Bekas Perdana Menteri itu berkesempatan bertemu Syed Saddiq ketika hadir ke Dewan Rakyat bagi mengikuti pembentangan Belanjawan 2027 hari ini.

Katanya, Ahli Parlimen Muar itu turut sibuk membuat persiapan menjelang majlis pernikahannya dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang dijadualkan berlangsung esok.

“Saya dan keluarga mendoakan semoga segala urusan majlis pernikahan beliau dipermudahkan, berjalan lancar dan diberkati Allah SWT.

“Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke syurga serta dikurniakan kebahagiaan dan rahmat dalam melayari kehidupan berumah tangga,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Syed Saddiq, 34, dan Bella, 32, dijadualkan melangsungkan akad nikah di Aras 118, Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur esok selepas mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.

Pada 22 September lalu, Syed Saddiq turut mengunjungi kediaman Muhyiddin bagi menyerahkan kad undangan perkahwinannya bersama Bella.

Pasangan itu juga dijadualkan mengadakan majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 18 Oktober ini.

Selain itu, mereka merancang menganjurkan dua majlis bertemakan ‘Kenduri Rakyat’ di Muar, Johor pada 25 Oktober dan Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober bagi meraikan hari bahagia bersama masyarakat setempat. –UTUSAN

The post Muhyiddin doakan perkahwinan Syed Saddiq, Bella kekal hingga syurga appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved