CIMB sambut baik pendekatan Belanjawan 2027

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 9:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: CIMB sambut baik pendekatan Belanjawan 2027

PETALING JAYA – CIMB memuji pendekatan Belanjawan 2027 dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negara, di samping memastikan kemampanan fiskal dan kemakmuran bersama terus menjadi keutamaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Novan Amirudin berkata, agenda reformasi kerajaan menerusi kerangka Malaysia Madani memberi tumpuan kepada keseimbangan antara bantuan jangka pendek kepada rakyat dengan kelestarian ekonomi untuk jangka panjang.

Menurutnya, pendekatan itu bertujuan meningkatkan daya saing Malaysia, menarik pelaburan berkualiti, menggalakkan inovasi dan mempercepatkan peningkatan keupayaan ekonomi, selain memastikan pertumbuhan diterjemahkan kepada peluang lebih baik serta peningkatan taraf hidup rakyat.

“Usaha penyatuan fiskal dilaksanakan menerusi rasionalisasi subsidi secara bersasar, peluasan asas hasil kerajaan yang lebih progresif, penambahbaikan tadbir urus dan pengurangan ketirisan, sambil memastikan isi rumah yang memerlukan terus mendapat sokongan melalui bantuan sosial.

“Pada masa sama, reformasi turut memberi penekanan kepada kecukupan persaraan, perlindungan sosial, pembangunan kemahiran dan peningkatan produktiviti bagi membina ekonomi yang mampu menyediakan gaji berpatutan serta peluang mobiliti ekonomi lebih baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, bagi sektor perbankan, perkembangan itu membuka peluang untuk menggerakkan modal ke arah sektor keutamaan termasuk peningkatan keupayaan industri, pembangunan infrastruktur, peralihan tenaga, inovasi dan keterangkuman kewangan.

“Institusi perbankan bukan sahaja mendapat manfaat daripada reformasi ekonomi, malah berperanan sebagai rakan aktif kerajaan dalam memacu pertumbuhan mampan, daya tahan ekonomi dan kemakmuran bersama.

“Sebagai contoh, CIMB baru-baru ini melancarkan Kad Kredit CIMB Lite-i, kemudahan kredit yang menawarkan kos pembiayaan lebih rendah dan penyelesaian pembayaran balik fleksibel kepada rakyat Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post CIMB sambut baik pendekatan Belanjawan 2027 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved