
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (14 Disember), dunia dikejutkan dengan satu insiden tembakan yang telah meragut lebih daripada 10 nyawa di Pandai Bondi, Sydney, Australia.
Difahamkan, serangan sekitar waktu petang itu dilakukan oleh dua lelaki yang menyasarkan sekumpulan individu yang sedang menyambut satu perayaan di pantai terbabit.
Turut tular di media sosial video-video saat serangan berlaku dan rakaman beberapa individu yang sedang terbaring di tanah dalam keadaan tidak lagi bernyawa.
View this post on Instagram
Polis sahkan penyerang adalah anak dan bapa
Polis Australia kemudiannya mengesahkan bahawa dua suspek dalam serangan tembakan beramai-ramai itu merupakan pasangan bapa dan anak.
Menurut Sinar Harian yang memetik kenyataan rasmi, penyerang berusia 50 tahun maut di tempat kejadian selepas berbalas tembakan dengan pihak berkuasa manakala anak lelakinya yang berusia 24 tahun mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di hospital dalam keadaan kritikal.
Lapor Hindustan Times pula, sumber penguatkuasaan undang-undang mengenal pasti suspek lelaki berusia 24 itu sebagai Naveed Akram dan bapanya, Sajid Akram.
Pihak polis kemudiannya mengesahkan bahawa serangan terbabit hanya dilakukan oleh dua individu berkenaan sahaja.
15 individu maut dalam serangan termasuk seorang kanak-kanak perempuan
Difahamkan, seramai 15 orang dilaporkan maut dalam serangan itu termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.
Manakala kira-kira 40 orang lagi dilaporkan cedera dalam kejadian serangan ketika malam pertama sambutan perayaan Hanukkah.
“Lima orang masih dalam keadaan kritikal manakala yang lain masih dalam keadaan serius dan stabil,” kata Polis New South Wales dalam satu kenyataan dipetik Harian Metro.
Serangan ‘direka untuk sasarkan komuniti Yahudi Sydney’ – pihak berkuasa
Pihak berkuasa juga menyatakan bahawa serangan itu ‘direka untuk menyasarkan komuniti Yahudi Sydney’ dan siasatan kini tertumpu kepada kemungkinan kaitan dengan kumpulan ekstremis.
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese turut menyifatkan insiden berkenaan sebagai ‘tragedi nasional’ dan menyeru rakyat agar bersatu menentang kebencian serta keganasan.
Kawasan sekitar Pantai Bondi kini ditutup untuk siasatan forensik dan kawalan keselamatan dipertingkatkan di seluruh bandar.
Ahmed al Ahmed jadi hero, berjaya lumpuhkan seorang penyerang
Dalam pada itu, turut tular di media sosial satu rakaman yang memaparkan seorang lelaki berbaju putih berjaya melumpuhkan salah seorang penyerang.
Memetik BBC News, orang awam yang dianggap sebagai ‘wira’ itu dikenal pasti sebagai Ahmed al Ahmed berusia 43 tahun.
Ahmed dilihat berlari ke arah lelaki bersenjata berkenaan dan merampas senjatanya sebelum mengacukan pistol tersebut ke arah penyerang dan memaksa suspek untuk berundur.
Bagaimanapun, Ahmed turut terkena tembakan di bahagian lengan dan tangan ketika insiden itu dan kini sedang dirawat di hospital.
BREAKING: "
The hero who risked his life to disarm one of the Bondi Beach shooters is Ahmed al Ahmed, a Muslim.
He is a 43-year-old Muslim, shopkeeper from Sydney and a married father of two."
We are proud of him. May Allah bless him… pic.twitter.com/PlJSuQPRPc
Perdana Menteri Anwar Ibrahim ucap takziah, kecam serangan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di Facebook pada hari ini (15 Disember) turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa insiden serangan itu dan mendoakan mereka yang cedera agar segera pulih sepenuhnya.
“Saya merakamkan ucapan takziah setulus hati kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka yang cedera supaya segera sembuh,” katanya.
Menurut Anwar, beliau amat terkejut dengan serangan terbabit dan mengecam tindakan itu sekeras-kerasnya.
“Tiada sebarang justifikasi untuk keganasan terhadap orang awam, apatah lagi serangan yang menyasarkan individu berdasarkan kaum atau agama, sama ada pada bila-bila masa atau di mana-mana. Tindakan sedemikian tidak mempunyai asas dalam mana-mana agama atau kepercayaan,” katanya lagi.

