15 PATI ditahan di Kota Bharu

LocalPolitics
16 Jan 2025 • 2:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
PATI yang ditahan dalam Op Kutip pada Rabu.

KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Malaysia negeri Kelantan menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui Op Kutip di sekitar bandar ini pada Rabu.

Pengarah Imigresen negeri Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata, operasi kira-kira jam 8.30 pagi itu dijalankan selepas risikan daripada Bahagian Penguat Kuasa jabatan berkenaan.

Menurut beliau, hasil operasi itu berjaya menahan seorang lelaki warga Myanmar dan Pakistan serta tujuh lelaki warga Bangladesh.

"Melalui pemeriksaan dalam operasi terbabit, turut ditahan ialah empat lelaki warga India dan dua lelaki warga Sri Lanka," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Jelas beliau, kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 55 tahun itu dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Tambah Mohamed Yusoff Khan, warga asing yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

Beliau turut menggesa orang ramai tampil menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudah cara dan bersubahat melindungi PATI," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved