15 PTI didenda babit pelbagai kesalahan imigresen

12 Nov 2026 • 11:48 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

15 PTI didenda babit pelbagai kesalahan imigresen

KOTA KINABALU: Seramai 15 orang pendatang asing tanpa izin (PTI) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pelbagai kesalahan imigresen dengan 14 daripada mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing.

Kesemua tertuduh yang terdiri daripada warga Filipina, Indonesia dan Pakistan itu dibawa ke hadapan Hakim Hurman Hussain untuk menghadapi pertuduhan berkenaan.

Daripada jumlah itu, 11 warga asing dijatuhi hukuman penjara empat bulan setiap seorang kerana memasuki negeri ini tanpa dokumen yang sah.

Mereka ditahan oleh pegawai Jabatan Imigresen dalam operasi yang dijalankan di sekitar bandar raya ini dan Kudat selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh tangkapan masing-masing.

Sementara itu seorang lelaki warga Filipina yang turut didakwa atas kesalahan memasuki negeri ini secara tidak sah akan disebut semula pada 4 Disember depan sementara menunggu pengesahan proses pengusirannya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh ditahan lanjut sehingga tarikh berkenaan.

Kesemua 11 tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali selain sebatan tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan seorang lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki warga Pakistan masing-masing didenda RM10,000 atau penjara enam bulan kerana tinggal lebih masa di negeri ini.

Kedua-duanya didapati tinggal lebih masa masing-masing selama 18 hari dan lima bulan selepas dokumen perjalanan mereka tamat tempoh.

Sementara itu seorang warga Pakistan Khan Yousof, 29, didenda RM500 atau penjara tiga bulan kerana melanggar syarat Pas Lawatan Sosial dengan menjalankan aktiviti perniagaan.

Dia didakwa mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen.

Selepas menjalani hukuman penjara atau membayar denda, kesemua 14 tertuduh berkenaan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Norhayati Abdul Hari mengendalikan pendakwaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved