Imigresen: Lapan ditahan, 3 dipenjara di Labuan

9 Nov 2026 • 4:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Imigresen: Lapan ditahan, 3 dipenjara di Labuan

LABUAN: Seramai lapan pendatang tanpa izin (PTI) ditahan dalam dua operasi berasingan yang dijalankan Jabatan Imigresen dari 3 hingga 4 November lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen Labuan Mohd Redzuan Nawi berkata tangkapan itu membabitkan tujuh warga Filipina dan seorang warga Indonesia mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini secara tidak sah.

Beliau berkata sebanyak lima premis diperiksa dalam Ops Mahir pada 3 November dan Ops Sapu dari 3 hingga 4 November. Seramai 20 individu diperiksa terdiri daripada sembilan warga Malaysia, 10 warga Filipina dan seorang warga Indonesia.

Mohd Redzuan berkata satu notis saman saksi (Borang IMM.29) turut dikeluarkan bagi membantu siasatan.

Dalam kes berasingan, tiga warga Filipina, terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita, dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis kerana memasuki negara ini tanpa sebarang dokumen.

Ketiga-tiga mereka diperintahkan menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh masing-masing ditahan.

Mohd Redzuan berkata jabatan itu akan terus menjalankan operasi penguatkuasaan dan mengambil tindakan terhadap individu yang melanggar undang-undang imigresen.

Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kesalahan imigresen kepada Jabatan Imigresen menerusi saluran rasmi jabatan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved