114 warga asing ditahan di pusat hiburan Bukit Mertajam

8 Nov 2026 • 11:01 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 114 warga asing ditahan di pusat hiburan Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 114 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi penguatkuasaan bersepadu di dua pusat hiburan di sini, dua hari lepas.

JIM Pulau Pinang dalam hantaran di Facebook memaklumkan, operasi di pusat hiburan di Jalan Keranji, Taman Mutiara dan Jalan Kulim, Taman Machang Bubok itu dilaksanakan dengan kerjasama JIM Putrajaya.

“Sebanyak 64 individu ditahan di pusat hiburan pertama membabitkan 44 wanita warga Thailand, 14 wanita warga Laos, dua wanita transjantina warga Laos, dua lelaki warga Myanmar dan masing-masing seorang lelaki warga Bangladesh serta Nepal.

“Dalam operasi di pusat hiburan kedua pula, sebanyak 50 individu ditahan terdiri daripada 29 wanita warga Thailand, 14 wanita warga Laos, seorang wanita warga Vietnam dan enam lelaki warga Myanmar,” menurut hantaran berkenaan.

JIM Pulau Pinang memaklumkan, operasi bersepadu itu mencerminkan komitmen untuk memperkukuh penguatkuasaan menerusi perkongsian kepakaran dan tindakan lebih menyeluruh bagi membanteras kegiatan yang melanggar undang-undang imigresen.

Menurut hantaran itu, JIM Pulau Pinang akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang selain memelihara kedaulatan serta keselamatan negara. – BERNAMA

The post 114 warga asing ditahan di pusat hiburan Bukit Mertajam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved