153 PTI Indonesia dihantar pulang

9 Jun 2024 • 2:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seramai 153 pendatang asing tanpa izin (PTI) warga Indonesia diusir pulang ke negara asal sempena Program Pemindahan Tahanan PTI siri ke-10 untuk Kategori Usir melalui laut, tahun ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, tahanan itu terdiri daripada 123 lelaki, 25 wanita dan lima kanak-kanak berumur antara enam hingga 66 tahun.

Menurutnya, mereka dipindahkan balik ke negara asal secara terus ke Pelabuhan Nunukan, Terminal Tunon Taka dan proses pemindahan tahanan dilakukan dengan iringkawal masuk sehingga ke dalam Feri Purnama Express.

“Program kali ini melibatkan pemindahan tahanan dari Depot Imigresen Tawau sahaja dengan kerjasama Konsul Republik Indonesia (KRI) Tawau,” katanya dalam kenyataan media.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more SH Sitti Saleha berkata, kesemua PTI terlibat ditahan di Depot Imigresen kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan- Peraturan Imigresen 1963.

Menurutnya, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar ke negara asal dikenakan.

“Kekerapan program pemindahan warganegara Indonesia yang dilaksanakan oleh JIM Sabah juga tertakluk kepada kerjasama strategik daripada pihak Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu dan KRI di Tawau dalam mempercepatkan proses dokumentasi bagi tahanan.

“Ini seterusnya mengeluarkan dokumen perjalanan (SPLP – Sijil Perjalanan Laksana Paspor) untuk tahanan warga Indonesia bagi membolehkan mereka dipindahkan ke negara asal,” katanya.

Tambahnya, operasi pemindahan ini juga merupakan sebahagian daripada operasi berterusan dilakukan JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh negeri.

Katanya, JIM Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan Pati selepas mereka melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara, serta mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal masing-masing.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.